09 August 2019

DATUK RED BERSUMPAH TAK CERAIKAN ADIRA SEPERTI DIDAKWA


"Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu (cerai). Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini. Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak," demikian tutur suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang berkata, spekulasi yang timbul itu adalah mengarut.





Sementara itu, Adira yang baru sahaja bersalin anak ketiganya yang merupakan bayi perempuan semalam itu menafikan gosip yang tersebar dalam sebuah portal hiburan mengatakan dia diceraikan suami ketika sedang sarat mengandung. Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 28, turut menafikan dia wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip itu, kelmarin.

"Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya. Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya.

Klik untuk gambar besar


"Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja. Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya," katanya.

Bagaimanapun, Adira mengakui sepanjang berkahwin, hubungan dengan suami memang ada pasang surutnya: "Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.



"Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai. Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga," jelasnya.

Terdahulu, ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga. Menurut gosip itu, sumber berada dalam satu kamar dengan artis wanita berkenaan. Sumber itu berkata, di hadapan hakim, artis wanita itu juga nampak pasrah dan reda mengenangkan nasib diri bakal bergelar janda sebaik saja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Adira Suhaimi & Datuk Red


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: