22 August 2019

"BIARLAH DIA AMBIL MASA KENALI ISLAM" - ZUL ARIFFIN KAHWIN 2020


"Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.





"Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira. Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja.

"Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan. Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan," demikian jelas pelakon Zul Ariffin yang merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihannya tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar


Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Arifin, 33, mahu bercinta selepas bernikah. Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

Zul berkata, dia memberi ruang kepada bakal isterinya itu untuk mengenali Islam terlebih dahulu: "Saya tidak mahu seseorang menukar agama hanya kerana ingin bersama-sama atau mendirikan perkahwinan. Itu tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali Islam," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai proses untuk mendirikan rumah tangga, Zul berkata, ia berjalan dengan lancar: "Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik, pastinya saya akan kongsinya," katanya lagi yang kini muncul dengan filem baru iaitu 'Sangkar', bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Zul Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: