22 August 2019

ISTERI HADIAHKAN MOTOR - AIR MATA ACHEY JATUH


"You deserve baby.. 3 tahun kami tak sambut.. 3 tahun awak asyik happy kan orang je," demikianlah tulis isteri kepada pelawak Achey Bocey, Nor Hasanah Yahaya yang memberikan kejutan istimewa untuk suami sempena hari lahirnya yang ke-33.





Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah terharu sehingga mengalirkan air mata apabila Hasanah atau Anne mempersembahkan hadiah berupa sebuah motorsikal jenama SYM 185 ketika sambutan hari jadinya. Menerusi video yang dikongsikan oleh isteri Achey di akaun Instagram miliknya, kelihatan pelawak itu benar-benar terkejut dengan hadiah tersebut.

Menurut Anne, sudah tiga tahun suaminya tidak menyambut hari jadi dan ia hadiah yang bermakna buat Achey. Menerusi video tersebut kelihatan satu majlis sambutan hari jadi Achey diadakan sebelum kejutan hadiah motosikal muncul di akhirnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang turut terharu dengan kejutan yang dilakukan Anne buat Achey. Rata-rata turut mendoakan yang terbaik untuk Achey sempena hari jadinya. Malah mereka turut berharap Achey dan isteri hidup sebagai keluarga yang bahagia.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Anne Achey & Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: