27 August 2019

BILA ALIFF SYUKRI TERINGIN DUET DENGAN ANUAR ZAIN, FAIZAL TAHIR


"Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat. Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka. Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani," demikian tutur usahawan komestik, Datuk Aliff Syukri yang tetap tidak berputus asa apabila menyuarakan hasrat mahu berduet dengan dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Faizal Tahir.





Menurut Aliff yang sering dikritik kerana mempunyai 'suara sumbang', beliau juga berkeinginan mahu menjadi popular dan hebat seperti kedua idolanya itu. Untuk pengetahun, kini Aliff baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul 'Cowok Baru' bersama Upiak Isil dan Lucinta Luna.

"Lagu ni sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah naungan mereka," katanya yang sehingga kini sudah merakamkan beberapa buah lagu antaranya 'Abang Nak Tegur', 'Bobo Di Mana', 'Biar Apa Orang' Kata dan 'Jom Raya'.

Selepas menempa kekayaan dan kemewahan hasil daripada jualan produk kesihatan dan kecantikan, Aliff Syukri turut menonjolkan bakat nyanyiannya. Apapun, adakah impian Aliff Syukri itu akan menjadi satu kenyataan? Apalah agaknya bunyi jika Aliff dapat berduet dengan mereka? Sama-samalah kita nantikan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: