04 August 2019

DEDAH DILAMAR SERTAI GV - WANN TERUS BERTEKA-TEKI


"Saya berbesar hati, pihak Astro sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemput saya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV. Saya berminat, tetapi gusar mengenai cabaran sepanjang pertandingan tersebut terutama melibatkan genre lagu. Saya tidak mahu memberikan sebarang pengesahan.





"Doakan saya," demikian kata penyanyi popular era 90-an, Wann yang mendedahkan Astro melamar dirinya untuk menjadi sebahagian daripada peserta program nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim keenam pada musim ini dan masih terus berteka-teki mengenai penglibatan dirinya dalam program tersebut.

Wann atau nama sebenarnya, Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49, berkata, dia pernah menerima tawaran yang sama untuk tiga musim yang lalu, namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana belum bersedia. Menurutnya, dia secara peribadi berminat untuk menjadi peserta program berkenaan tetapi perlu memikirkan pelbagai faktor sebelum bersetuju dengan tawaran tersebut.

Dalam pada itu, bersempena penglibatan 25 tahun dirinya dalam industri, pelantun 'Bossanova' itu bakal terlibat dalam persembahan pentas Live Bersama Wann dan Peminat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 7 September ini. Persembahan itu bakal menyaksikan Wann melakukan persembahan dan beramah mesra dengan peminat selama dua jam di samping melantunkan deretan lagu popular miliknya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: