04 August 2019

DIKRITIK HEBAT - RTM MASIH PERTIMBANG SIAR 'DEMI TUHAN AKU BERSAKSI'


"RTM sentiasa menghargai dan menerima maklum balas orang ramai yang memberikan pandangan," jelas Jabatan Penyiaran Malaysia melalui RTM yang masih membuat pertimbangan penyiaran telemovie 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' yang kini menjadi kontroversi selepas didakwa berkisar mengenai kegiatan songsang pelajar tahfiz.

Dalam satu kenyataan semalam, RTM menjelaskan, masih belum menetapkan jadual penyiaran telemovie itu yang dikritik hebat di laman sosial sejak semalam. Namun penerbit telemovie itu, Fadzil Zahari dipetik menjelaskan bahawa kisah telemovie berkenaan mengenai taubat seorang mak nyah yang mencari Tuhan bukannya seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: