04 August 2019

TARGET KAHWIN 20 FEBRUARI 2020 - ELIZABETH TAN USAHA CARI CALON


Mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020, penyanyi Elizabeth Tan yang kini popular menerusi lagu 'Semua Sudah' itu memberitahu impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.





Kata Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy ini, tarikh itu dianggap cukup 'cantik' bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup: "Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.

"Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, 'Misteri Delaila' di samping pelakon Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo: "Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar.

"Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial," selorohnya yang kini aktif dalam lakonan bakal muncul menerusi filem 'Abang Long Fadil 3' di samping pelawak dan pelakon Zizan Razak, pelakon Maya Karin dan ramai lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elizabeth Tan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: