04 August 2019

"SOALAN BODOH DARI ORANG CERDIK" - ISSEY BERANG DITANYA RUMAH PUSAKA


"Salam Issey... rumah arwah tu ada plan apa-apa? Kekal atau jual?" demikian soal seorang individu kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham yang baru seminggu kehilangan ibu tercintanya, Asiah Haron.





Dek kerana itu, Issey meluahkan rasa berang apabila seorang individu bertanyakan soalan rumah pusaka peninggalan Allahyarham ibunya. Berdasarkan paparan skrin aplikasi Whatsapp yang dimuatnaik, individu berkenaan bertanya soalan sekiranya Isset berhasrat untuk menjual rumah pusaka peninggalan arwah ibunya itu.

Ia berikutan tindakan individu berkenaan seolah-olah tidak sensitif atas kehilangan arwah ibunya: "Contoh soalan bodoh dari orang yang cerdik. Tidak mengapa, tunggu saya balik Kelantan. Kita jumpa. Arwah mak baharu seminggu, orang tanya soalan begini," ujarnya.

Issey berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu. Terdahulu, Issey memaklumkan ibunya telah meninggal kerana serangan jantung ketika usia 62 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Issey Titan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: