04 August 2019

"MINTA MAK AYAH BELI TOPUP BERANI MINTA GAMBAR PAYUDARA" - ZIZI


Meminta netizen tidak berfikiran kotor setiap kali melihat imej seksinya di laman sosial, penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 33, berkata netizen sebaiknya perlu membersihkan hati mereka sebelum bertindak menghentam dan meninggalkan komen-komen bersifat penghinaan.





"Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya. Jangan nak sakit jiwa sangat," kata penyanyi 'Nak Ke Tak Nak' dan 'Siapa Yang Bap-Bap itu.

Dalam pada itu, Zizi berkata, meskipun sering diganggu dengan perkara lucah di laman sosial, dia tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu berkenaan: "Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda lucah. Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topUp berani minta saya gambar payudara.

"Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan. tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar... semua benda mereka nak kritik. Pada saya, lebih baik biarkan sahaja komen-komen itu. Kalau sekat pun akan ramai lagi yang komen bukan-bukan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: