04 August 2019

NAFI BERCINTA - ISMAIL IZZANI AKUI AKRAB DENGAN SHALMA ELIANA


"Kami tidak bercinta namun kami rapat sebab muzik. Kami banyak menghabiskan masa menyanyi bersama. Dia pun baru ingin membina nama dalam industri jadi sebagai seorang yang juga masih bertatih dalam industri, saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman dengan dia.





"Sebenarnya kami sudah mengenali diantara satu sama lain sejak tingkatan dua dan mula rapat sejak setahun yang lalu. Jadi kami sering berjumpa dan lepak bersama untuk bertukar pendapat tentang muzik kerana masing-masing minat muzik," kata penyanyi Ismail Izzani yang mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana.

Menurut Ismail, dia menjelaskan Shalma merupakan antara individu yang akrab dengannya kini dan menafikan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan percintaan. Terdahulu, keakraban hubungan Ismail dan Elianna terserlah apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di Instagram. Situasi itu sekali gus mengundang pelbagai spekulasi netizen berhubung status sebenar mereka.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: