04 August 2019

TEASER '1.11.2019' - HAFIZ HAMIDUN BUAT PEMINAT TERTANYA-TANYA


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi, komposer dan penerbit Hafiz Hamidun telah memuatnaik satu 'teaser' dengan tulisan 1.11.2019 dengan kapsyen "3 months from now". Teaser itu sudah pasti mengundang perhatian peminatnya malah ramai tertanya-tanya apa akan berlaku pada tarikh itu?





Kalau sudah namanya netizen tentunya akan ada spekulasi yang macam-macam dan kadang-kalanya tak masuk akal. Alang-alang Hafiz kini kononnya sedang bercinta dengan seorang Instafamous dari Indonesia, ramai menjangkakan dia akan berumah tangga atau bertunang pada tarikh tersebut.

Namun, ramai juga yang menyangkal tanggapan itu dan menjelaskan bahawa Hafiz akan muncul dengan single baharu atau album pada tarikh berkenaan. Kami sendiri pun tak pasti apa sebenarnya maksud di sebalik tarikh itu.

Kalau benarlah Hafiz akan naik pelamin sekali lagi, tahniah kami ucapkan dan mendoakan semoga perkahwinan kali ini bahagia. Namun, jika ada kaitan dengan kerja, moga segala urusan lancar dan mudah-mudahan karya itu sedap didengar seperti mana sentuhannya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hafiz Hamidun


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: