"Untuk anak kedua ini saya harus mengupah seorang pembantu untuk menjaga Alisa kerana sibuk untuk menguruskan kerjaya dan perniagaan. Saya tak dapat menjaga Alisa sama seperti Yusuf dahulu secara sepenuh masa kerana agar sukar menguruskan dua orang anak secara serentak jadi saya harus mempunyai pembantu buat sementara waktu," demikian kata pelakon dan pengacara Hanis Zalikha.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu mengakui perlu mengupah seorang pembantu untuk menjaga anak-anaknya kerana sibuk dengan tuntutan kerja. Menurut Hanis, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjaga anak keduanya, Alisa Aisyah secara sepenuh masa seperti yang dilakukan sebelum ini untuk anak pertamanya, Yusuf Iskandar.
Tambah Hanis, dia bersyukur apabila telah bertemu pengasuh yang bersesuaian dan berpengalaman untuk menjaga anak-anaknya: "Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja. Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini," ujarnya lagi yang berkahwin dengan Hairul pada 5 Jun 2015.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hanis Zalikha
________________________

No comments:
Post a Comment