04 August 2019

FARAH NABILAH MAHU TERUS KAHWIN, RISAU DUGAAN BERTUNANG


"Kalau boleh, saya mahu mengelakkan pertunangan. Lebih baik saya terus sahaja mendirikan rumah tangga. Saya perhatikan, bermacam-macam dugaan dilalui oleh pasangan bertunang, sekarang. Kalau perlu juga bertunang, saya mahu ia diadakan secara senyap-senyap.





"Biasalah, apabila heboh sudah bertunang, ada sahaja gangguan dan dugaan menjelma," ujar pelakon Farah Nabilah yang cuba mengelak daripada melalui fasa berkenaan, sebaliknya mahu terus berumah tangga selepas dirinya risau melihat dugaan dialami pasangan bertunang.

Menurut bintang 'Halalkan Hati Yang Ku Curi' itu, pelbagai dugaan perlu ditempuh mereka yang berada dalam tempoh pertunangan sedikit sebanyak membuatkan dirinya bimbang. Mengakui sudah mempunyai pilihan hati, Farah berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini mengenai impian untuk menamatkan zaman solo sebelum Syawal, tahun depan.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah, kalau bukan tahun ini, mungkin kami berkahwin tahun depan. Jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan kongsi bersama umum," katanya yang juga calon awal Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 dalam beberapa kategori.

Sementara itu, sikapnya yang kurang gemar menonjolkan diri di media sosial mendapat perhatian ibunya sendiri. Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata walaupun kerap ditegur kerana kurang mempromosikan diri sebagai selebriti, dia tetap selesa dengan cara sebegitu, malah percaya, hanya hasil lakonan yang memberikan impak kepada peminat.

"Saya memang tidak suka terlalu menonjolkan diri. Bukan sekadar di media sosial, malah di alam realiti. Jika tiada kerja, saya lebih suka duduk di rumah. Mak saya pula memang peka dengan perkara seperti ini. Memandangkan sudah setahun saya bekerja tanpa pengurus, dialah yang akan memberi segala pandangan, termasuk berkaitan pemilihan tawaran drama," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Farah Nabilah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: