04 August 2019

MUS TAK DAPAT PENUHI PERMINTAAN SERTAI SHOWCASE JOE


Permintaan peminat yang mahu melihat bekas vokalis kumpulan May, Mus beraksi bersama pemain gitar terkenal Joe dalam showcase Joe Barbarik & PrimeD di Uncle Chilli's, Hotel Hilton Petaling Jaya jam 9.30 malam hari ini, nampaknya tidak kesampaian apabila Mus menjelaskan tidak dapat memenuhinya.





Perkara itu dimaklumkan oleh Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 51, di laman Facebooknya. Mus turut meminta peminat supaya menyokong Joe dengan hadir menonton showcase itu: "Memang terlalu ramai yang bertanya, apakah saya datang ke showcase Joe ini?

"Bahkan ramai juga yang bertanya sama ada saya terbabit mengadakan persembahan. Tak terkecuali ramai yang begitu menaruh harapan tinggi kalau saya hadir, tapi sudah dijelaskan saya memang tak dapat turut serta," katanya.

Klik untuk gambar besar


Mus berkata, dia mempunyai perkara lebih penting iaitu urusan keluarga yang perlu diselesaikan sebelum memikirkan perkara lain: "Sebagai rakan artis, saya tolong promosi showcase Joe dan tak salah rasanya untuk berbuat demikian. Kami sama-sama cari makan dalam seni dan siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita sendiri".

Mus pernah bergelar penyanyi Wings menerusi album berjudul 'Biru Mata Hitamku', 'Mencari Asal Usul', 'Mr Barbarik' dan terbabit dalam album Double Trouble 2. Lagu 'Biru Mata Hitamku' berjaya menjulang popularitinya bersama Wings. Kenyataan Joe yang mahu menampilkan lagu ciptaannya ketika Mus bersama Wings dalam showcase itu mencetuskan spekulasi peminat yang Mus akan terbabit sama beraksi.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: