03 August 2019

TUNAIKAN NAFKAH ISTERI & BEKAS ISTERI - NORMAN HAKIM TERIMA PUJIAN


Pelakon Norman Hakim baru-baru ini menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik beberapa keping foto perbualan Whatsapp dan Maybank dimana dirinya selesai memberi nafkah buat isterinya, pelakon Memey Suhaiza dan bekas isterinya, pelakon dan penyanyi Abby Abadi.





Melihat pada kapsyen yang ditulis, Norman memberi nasihat kepada peminat mengenai tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mahupun bekas isteri dan anak-anak: "Sekadar berkongsi tips; selain daripada ayah mak, nafkah utk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta-minta atau ada bisnes, bekerja & ada pendapatan sendiri.

"Duit dia, duit dia.. duit kita, duit dia jugak hak hak 😅. Berapa amaun yang diberi takkan ternilai dengan pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak-anak kita, betul tak? Yang penting doa tu..

Klik untuk gambar besar


Doa-doa yang 'deep' dari lubuk hati yang ikhlas yang sangat-sangat didambakan olehku untuk terus kuat berusaha mencari rezeki yang halal & barakah untuk keluarga 🕺. Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin... Aamiin... Aamiin Ya Rabb Ya Allah 🤲🏻," kata pelakon filem 'Pasrah' itu yang menerima komen memuji daripada netizen.

Untuk makluman, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Kemudian, Norman berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza dan mempunyai tiga orang mata.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Norman Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: