28 August 2019

GADIS INSTAFAMOUS 16 TAHUN - SUFIAN NAFI BERCINTA, MASIH 'INSECURE'


Penyanyi Sufian Suhaimi sejak akhir-akhir sering dikaitkan dengan seorang wanita selepas episod putus tunang. Jika sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Jasmine Suraya, kali ini Sufian didakwa menjalin hubungan cinta dengan seorang Instafamous, Arianna Natasha.





Kisah hubungan mereka tular selepas Sufian, 27, dilihat turut sama meraikan ulang tahun kelahiran gadis berusia 16 tahun itu baru-baru ini. Bagaimanapun, Sufian menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan gadis tersebut dan kehadirannya di majlis tersebut hanya atas dasar kawan sahaj

"Saya dan Arianna tak ada hubungan istimewa pun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami pun hanya kawan sahaja. Kehadiran saya di majlis hari jadi Arianna itu pun atas dasar persahabatan. Saya diundang keluarganya untuk hadir dan kebetulan lokasi majlis itu berdekatan dengan rumah saya," katanya.

Dalam pada itu, Sufian berkata buat masa ini dia tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun dan mengakui masih belum berkeyakinan untuk bercinta meskipun sudah melupakan kisah cinta lalu: "Buat masa sekarang ini, saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Kalau boleh, saya nak elakkan kisah peribadi diberi perhatian lebih berbanding kerjaya seni. Bukan tak move on tapi saya masih ada perasaan insecure nak mulakan hubungan cinta".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: