"Alhamdulillah rezeki Ardy Wira dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu. Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy," tulis pelakon Betty Rahmad apabila anak sulungnya, Ardy Wira ditahnik oleh ulama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Betty melahirkan rasa syukur kerana Wira diberi peluang untuk melalui proses terbabit walaupun sudah berusia tujuh bulan. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Betty memuji kecomelan Wira di samping mendoakan semoga menjadi seorang anak yang baik.
Untuk makluman, Betty dan suaminya, Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Rahmad
________________________

No comments:
Post a Comment