28 August 2019

ISU IMIGRAN HARAM - SUAMI NADYA SYAHERA MENGAKU SALAH


Suami kepada pelakon Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi yang merupakan seorang pemilik restoran itu telah mengaku bersalah pada Selasa di Mahkamah Seksyen atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, Februari lalu.





Fizul atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu. Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.

Seksyen berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis. Sementara itu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh, dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.

Klik untuk gambar besar


Hakim Saifulakmal Mod. Said kemudian membenarkan permohonan tersebut seterusnya menetapkan tarikh 26 September depan untuk keputusan jatuh hukum. Mahkamah pada masa sama turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Menerusi laman Instagram, Fizul turut berkongsi foto tangannya yang sedang bergari, malah dia turut berdoa agar semuanya dipermudahkan menerusi satu foto yang dikongsikan di Insta Stories pula, semalam: "Mahkamah dunia boleh dibicara. Mahkamah akhirat tepuk dada tanya jiwa. ya Allah permudahkanlah urusan hamba mu ini".




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: