28 August 2019

TUNJUK ALAT UJIAN KEHAMILAN - BELLA DALLY BERBADAN DUA?


Pelakon Bella Dally menerusi laman Instagram telah memuatnaik video alat penguji kehamilan. Dalam video itu, alat yang dipegang Bella menunjukkan dua garis merah yang menandakan seseorang itu positif hamil. Tindakan pelakon tersebut lantas menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminat yang teruja dengan khabar gembira itu.





Dalam pada itu, peminat menyampaikan ucapan tahniah selain doa dan tidak sabar untuk melihat Bella menimang cahaya mata. Malah ramai rakan artis tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah kepada pelakon itu yang mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Arif Izuddin Mohd. Radzali.

Buat masa ini Bella masih belum memberikan sebarang kenyataan. Berdasarkan tarikh di dalam video berkenaan, segala persoalan akan terjawab dan mungkin juga ada pengumuman gembira pada 29 Ogos ini. Apa pun, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dilihat semakin bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan pasangannya, Arif Izuddin.

Untuk makluman, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018. Jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah kepada Bella dan suami. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Bella Dally


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: