28 August 2019

INTAN NAJUWA: "KENAPA LELAKI-LELAKI MELAYU SEMUA PANAS BONTOT"


Pelakon Intan Najuwa telah diserang oleh warganet dengan kritikan pedas serta dilabel sebagai wanita 'mata duitan' lagi sekali selepas gara-gara memuatnaik video 'sweet' bersama tunang tersayang di dalam kereta mewah, Lamborghini.





Namun menariknya, tidak lama selepas itu Intan memuatnaik kenyataan mempersoalkan mengapa lelaki-lelaki Melayu tidak berpuas hati dan 'panas bontot' melihat videonya bersama encik tunang didalam kereta mewah.

"Kenapa lelaki-lelaki melayu semua panas bontot lepas tengok new post I? Hahahaha dah-dah pergi kerja giiiii," tulis pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' itu.

Klik untuk gambar besar


Tidak pasti pula andai kenyataan Intan itu sebagai sindirian buat lelaki-lelaki Melayu di luar sana atau hanya sekadar bertanya. Tapi apa yang pasti memang sweet habis video yang dimuatnaik Intan, ramai pula yang cemburu!

Bagaimanapun, hasil pemerhatian kami di akaun Instagram pelakon itu, video yang dimuatnaik tersebut seakan sudah dipadamkan. Malah kenyataan Intan di Instastory juga sudah tidak kelihatan lagi. Terdahulu Intan selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kedah. Majlis pertunangan itu juga dilangsungkan dengan mewah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: