21 August 2019

"IF TRUE... DAH LAMA WE ALL ONE FAMILY GOYANG KAKI" - KAKAK INTAN NAJUWA


"Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team. @acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.





"Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit. Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all. And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa. Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga.

"Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan lah yang baik-baik untuk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya," demikianlah tulis kakak kepada pelakon Intan Najuwa iaitu Intan Najihaa yang tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen negatif daripada netizen.

Klik untuk gambar besar


Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya. Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.

Bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan. Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.

Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala tomahan terhadapnya. Pada Ahad lalu, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli di Hotel Thistle, Johor Bahru yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: