02 August 2019

ISTERI HAZIQ AF4 SELAMAT LAHIRKAN PUTERA KEDUA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Haziq Rosebi atas kelahiran anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki apabila isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat bersalin awal semalam. Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.





"Another boy, another Zidane 👶.. Syukur Ya Allah & terima kasih kepada semua yang mendoakan.. Baby & mama dalam condition yang sangat bagus.. InsyaAllah esok dah boleh jalan-jalan KLCC 🤣," tulis Haziq lantas disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.

Sementara itu, ketika menanti detik bersalin di isteri, Haziq sempat memuatnaik beberapa keping foto menerusi Insta Stories miliknya. Haziq dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada September 2015 itu sebelum ini sudah pun mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Haziq Rosebi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: