02 August 2019

DOA DIMAKBULKAN ALLAH - UMIE AIDA TUNAI HAJI 4 OGOS INI


"Ketika mengerjakan umrah, Januari lalu, saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah meluaskan rezeki dan diberi peluang kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji pula. Alhamdulillah, doa saya diperkenankan. Saya berharap diberikan Allah kesabaran dan kekuatan untuk melaksanakan segala rukun dengan sempurna.





"Peluang itu juga saya manfaatkan sebagai ruang untuk muhasabah diri kerana setiap tetamu Allah pasti ingin pulang bersama haji mabrur. Saya mahu kembali ke tanah air nanti menjadi insan yang lebih baik," kata pelakon Datin Seri Umie Aida yang bersyukur apabila doanya ketika menunaikan umrah pada Januari lalu supaya dibukakan jalan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah SWT.

Difahamkan, Umie bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 4 Ogos ini, ditemani suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi menunaikan ibadat haji buat kali pertama. Umie berkata, dia juga sentiasa berdoa diberikan kesihatan yang baik, sekali gus dapat menyempurnakan ibadat haji dengan lengkap.

Klik untuk gambar besar


"Teruja sebenarnya atas peluang dan kesempatan ini. Secara peribadi, saya sudah tidak sabar mahu ke sana, malah sedang membilang hari menanti waktu Wukuf. Saya harap sangat diberikan Allah kesihatan yang baik untuk merasai nikmat paling berharga ini," tuturnya.

Tambah Umie, pemergiannya itu juga bermakna, dia perlu berenggang dengan anak angkatnya, Nur Aisya yang dijaga sejak usia 12 hari: "Saya pasti merinduinya kerana sebelum ini, dia sentiasa ada di sisi. Bayangkan, setiap hari saya menatap mukanya, tiba-tiba terpaksa berenggang.

"Memang berat perasaan itu. Namun, saya tidak risau kerana dia akan dijaga dengan baik sepanjang ketiadaan saya nanti. Insya-Allah, semoga urusan saya sepanjang di sana nanti dipermudahkan," ujar pelakon filem 'Dukun' itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Umie Aida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: