02 August 2019

PEMBACA BERITA, HAWA TAK RASA FIZO NAK 'TRY', MACAM ADIK ABANG


"Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda yang dipegangnya," demikian kata pembaca berita, Hawa Rizwana.





Pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar telah mencetuskan spekulasi dimana rata-rata netizen mengusiknya mahu memikat Hawa selepas tindakannya meninggalkan komen memuji di laman Instagram milik Hawa baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hawa menganggap komen tersebut hanyalah sekadar kata-kata dari seorang abang kepada adik. Menurut Hawa, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, Fizo juga turut mengenali bapanya.

Klik untuk gambar besar


"Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah. Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama," ujarnya.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim pada November 2013 tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada 10 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Hawa Rizwana & Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: