01 August 2019

GAMBIT: "SURVIVOR CAMP-TRAINEE..... STOP JUDGING & BE A BETTER #MUSLIM"


Selepas kecoh di laman sosial gara-gara memuatnaik gambar memakan katak menerusi laman Instagram, pelakon Gambit Saifullah telah tampil menjelaskan mengenai situasi yang dilaluinya ketika ini. Difahamkan, bintang itu sedang mengikuti latihan di sebuah lokasi berhutan.





"In the jungle. Survivor camp-Trainee in training. Stop judging and be a better #Muslim!," tulis pelakon filem 'Paskal' itu yang memberitahu dia sedang menjalani latihan yang turut disertai beberapa peserta lain.

Sejak semalam, ramai netizen mempersoalkan mengenai tindakanya yang makan katak buat kali yang pertama. Malah, momen tersebut turut dikongsi Gambit menerusi Insta Stories miliknya: "Not bad at all," tulis Gambit yang menerima komen netizen dimana masing-masing memberikan pandangan serta perkongsian mereka mengenai hal melibatkan darurat.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Gambit


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: