01 August 2019

RAJA FARAH SELAMAT DIBEDAH BUANG HEMPEDU


"Penemuan batu karang dalam hempedu saya semasa sedang mengandung Ilham. Jadi itulah sebabnya pakar sakit puan saya mengetahui dan mengikuti keadaan saya. Farah bersyukur pada Allah S.W.T kerana dengan izinnya prosedur pembedahan Farah untuk buang gallbladder berjalan lancar.





"Alhamdulillah," tulis pelakon Raja Farah menerusi Instagram Stories miliknya yang memberitahu dirinya telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang hempedunya (gallbladder) di sebuah pusat perubatan semalam.

Menurut Farah dia mengetahui mengenai kewujudan batu karang (gallstones) di dalam hempedunya ketika sedang hamil anak kedua, Ilham. Untuk makluman, Raja Farah dan suami, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Imran dan Ilham.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: