01 August 2019

ZAINOL MAHU ANAK KAHWIN 25 KE ATAS - ZAHIRAH DEDAH AIMAN 'JUAL MAHAL'


Baru-baru ini dalam satu media khas yang diadakan, pasangan digandingkan bersama dalam drama 'Curi-Curi Cinta' iaitu Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson mengumumkan mereka akan bernikah pada Februari 2020 tetapi tarikh masih dibincangkan. Berita tersebut telah membuatkan ramai pihak tumpang gembira.





Namun begitu, lain pula ceritanya dengan bapa Zahirah yang juga pelakon, Zainol Macwilson yang merasakan anaknya masih muda untuk berkahwin: "Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu pilihan hati.

"Kalau diikutkan saya sebenarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ini sebab dia baru 24 tahun. Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun ke atas. Apapun saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima. Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menyifatkan bakal menantunya seorang yang menghormati orang tua, Zainol memberitahu Aiman juga seorang pandai mengambil hati orang yang lebih tua walaupun pada awalnya beliau mempertikaikan keputusan anak gadisnya.

"Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar denngan artis? tetapi tak apa lah dia kata ini pilihanyna. Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya," jelasnya.



Sementara itu, pasangan itu sempat berkongsikan kisah sewaktu di awal pertemuan mereka. Menurut Zahirah, bakal suaminya itu seorang yang sukar untuk didekati. Kata Zahirah, Aiman tidak membalas mesejnya pada awal perkenalan dahulu. Aiman pula memberitahu dia tidak menyangka bahawa Zahirah adalah orang yang menghantar mesej tersebut.

Menurut Zahirah lagi, dia turut menghantar mesej mengajak Aiman untuk berlakon bersamanya menerusi drama 'Curi-Curi Cinta'. Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mendoakan semoga hubungan pasangan ini sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan.

Namun, ada yang mengatakan tiada masalah jika 'perigi cari timba' untuk gadis secantik Zahirah dan bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Apapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada Jun lalu itu memang sepadan sangat. Kami mendoakan agar segala persiapan Aiman dan Zahirah untuk menuju ke gerbang perkahwinan mereka dipermudahkan.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Forum CARI


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: