20 August 2019

JATUH SAKIT, MASUK HOSPITAL - IRFAN HARRIS MOHON DOA


"Guys please pray for me so that I dapat perform untuk bigstage this week," tulis penyanyi Irfan Haris menerusi entri terbaru di laman Instagram (IG) miliknya yang memohon doa daripada peminatnya untuk kembali sihat seperti sediakala demi konsert Big Stage 2 minggu kedua ini.





Peserta Big Stage 2 itu telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan. Malah, pelantun lagu 'Redha' itu turut memuatnaik gambar dalam keadaan lemah dan dirawat di sebuah hospital swasta.

Rata-rata peminat serta rakan artis meninggalkan komen mendoakan supaya Irfan kembali pulih selepas menerima rawatan. Namun, Irfan tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital. Usaha untuk menghubungi Irfan sendiri bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal kerana penyanyi itu sedang berehat dan menjalani rawatan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Irfan Harris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: