20 August 2019

MARK ADAM DIKECAM TERUK - ISTERI TEMPELAK SIKAP NETIZEN


"Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghukum orang. Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun. Tapi jangan menghukum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat dosa. Maki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa? Apa bahasa yang korang guna untuk comment dekat dia.





"Ye betul dia salah, ada silap dia, yang kita semua ni tahu ke silap kita?" luah isteri kepada penyanyi dan pelawak Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan yang berang dengan sikap segelintir individu yang suka menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan orang lain.

Menurut Ezan, Mark menerima komen makian daripada netizen di Instagram (IG) miliknya walaupun sudah mengaku salah. Tambah Ezan dia berkata sebaiknya masing-masing menjaga hal diri sendiri: "Lebih baik kita semua ni focus pada diri sendiri sebelum jatuhkan hukum pada orang lain.

Klik untuk gambar besar


"Tidak salah nak tegur salah seseorang itu, tapi jangan sampai kita berlagak yang kita ni tak pernah buat salah. Membuat kesalahan itu sesuatu yang biasa tapi mengakui kesalahan dan memohon kemaafan itu sesuatu yang luar biasa dan tidak semua orang berani melakukannya," tulisnya lagi.

Di samping itu, pengacara Sherry Al Hadad mendedahkan sudah memaafkan keterlanjuran Mark di ruangan komen Instagram TV: "Assalamualaikum semua. Mark dah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia, saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan," katanya.



Terdahulu, Mark menerima kecaman daripada netizen selepas bertindak mempersendakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad. Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Gurauan Mark dikatakan agar kasar kerana mempersendakan fizikal Sherry. Dalam pada itu, Aliff Satar yang turut menjadi hos program tersebut bertindak menyelamatkan keadaan dengan mengatakan Sherry juga seorang yang berbakat besar.

Dikecam teruk oleh netizen, Mark Adam membuat permohonan secara terbuka menerusi Intagram. Menerusi satu video, Mark meluahkan rasa kesal di atas tindakannya itu dan tiada niat menghina bentuk badan Sherry atau mana-mana pihak.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: