20 August 2019

"DAH TOGEL GIGI JUNA" - ANAK FEDTRI SELAMAT JALANI 'DENTAL CLEARANCE'


Menerusi laman Instagram, pengacara Fedtri Yahya telah berkongsi keadaan anak kedua, Ahmad Wildan Arjuna, 5, yang telah selamat menjalani pembedahan 'dental clearance' semalam. Biarpun dibedah, kata Fedtri anak lelakinya itu tidak banyak meragam malah meminta makanan kegemarannya selepas selamat prosedur itu.





"Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna. Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool dan steady je. Cuma dia pelik dan tertanya-tanya apa yang dah jadi. Simple request; kinder, vitagen, kuih apam. Disebabkan puasa sejak malam tadi, menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua," kongsi Fedtri menerusi akaun media sosialnya.

Tambah Fedtri pembedahan membuang gigi itu dilakukan kerana kebanyakan gigi anaknya itu sudah kehitam-hitaman dan mengalami jangkitan. Fedtri juga dinasihatkan oleh pegawai perubatan yang terbabit agar menjaga pemakanan anak-anaknya selepas ini bagi menjaga kesihatan gigi dan mulut.

Klik untuk gambar besar


Malah, ramai antara pengikut akaun media sosial Fedtri tertarik untuk berkongsi pengalaman masing-masing dan bertanyakan prosedur untuk menjalani pembedahan itu. Tak terlepas juga ada yang melayangkan doa agar Arjuna kembali sihat.

Fedtri dan pasangan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, Indah Rauvda Inaara, 2 dan Ahmad Firaas Mevlana, 7 bulan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fedtri Yahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: