20 August 2019

10 FOTO AKIKAH SUMAYYAH: "LAIN SIKIT... WANITA SAHAJA" - PUTERI SARAH


Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, Sumayyah yang dilahirkan 16 Mac lalu. Mencecah usia lima bulan kini, permata hati kedua Puteri Sarah sama suami itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu dengan si ibu sepanjang majlis berlangsung yang diadakan Ahad lalu.





Bagaimanapun, apa yang menariknya majlis akikah anjuran Puteri Sarah kali ini, ia hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja. Lari dari kebiasaan, Sarah menerusi kapsyen turut menjelaskan mengenai tindakannya itu.

"Sumayyah's akikah semalam. TQ to those yang datang meriahkan! TQ so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslam organizekan majlis akikah Sumayyah. Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja," tulisnya yang turut menerima komen peminat yang bertanya mengenai di manakah kelibat si suami dan Sarah menjawab majlis ini hanya wanita sahaja.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji majlis akikah yang dianjurkan dan rata-ratanya juga terpegun dengan kecomelan si kecil. Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 2, dan Sumayyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar





















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: