20 August 2019

YANA SAMSUDIN: "MAK YANA MUSLIM CONVERT ASALNYA BIDAYUH KRISTIAN"


Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Yana Samsudin telah memuatnaik memori foto bersama ahli keluarganya di Sarawak. Nyatanya, perkongsian yang dibuat pelakon 'Wawa Semput' itu awal semalam mengundang rasa syahdu apabila ada ahli keluarga yamg telah pergi selamanya.





Kongsi Yana lagi ketika di usia remajanya, dia terimbau perlu kerja keras demi keluarga tersayang. Pada masa sama, Yana turut berkongsi momen di mana ibunya telah diberi restu oleh kedua ibu bapanya bergelar seorang muslim.

"Tetiba syahdu pula... Rindu Babeh & Tayung... Memori full, scroll la nak delete pic & video, lalu pulak pic ni... Tak tahu nak describe camne... Rindu tapi jauh... walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati. Ye lah, zaman muda Yana, kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal..

"Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian, Sarawak. Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau... salute lah. Diaorg tak sesat pun

Klik untuk gambar besar


"Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.. Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini.. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis.

"Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal Yana rindu orang orang tua keliling Yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh, menyogel sireh depan rumah... menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian, lada hitam, padi sawah, padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran...

"Cucu cucu kecik main main kat halaman rumah.... Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita... Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin...," tulis Yana yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Yana Samsudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: