20 August 2019

PU AMIN TEGUR VIDEO SAJAT GELEK - ALIFF SYUKRI BENGANG, GELAR 'POYO'


Semua mengetahui mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak pernah lekang dengan kontroversi dan baru-baru ini dia sekali lagi dikecam netizen apabila memuatnaik video rakan baiknya, Nur Sajat bergelek sakan.





Video itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Amin menjelaskan hukumnya adalah haram melihat video Sajat gelek. Perbuatan itu mampu merosakkan akhlak orang Islam terutama sekali anak-anak muda. Seperti biasa, Aliff pasti tidak akan berdiam diri. Meluahkan rasa bengang ditegur, menggelar PU Amin 'poyo' dan mahu bertemu empat mata dengan pendakwah itu untuk berbincang.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Aliff itu tidak beradab. Kenapa tidak boleh terima teguran sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri, melakukan perkara yang mengundang kecaman. Kita semua tahu Aliff begitu kebal dengan kecaman. Segala nasihat dan teguran ibarat mencurah air ke daun keladi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: