01 August 2019

JATUH TANGGA - TULANG TANGAN ISMAIL HAMPIR RETAK, TISU BENGKAK


Malang tak berbau... demikian yang menimpa penyanyi Ismail Izzani apabila dirinya mengalami kecederaan pada tangan kanan menyebabkan tulangnya hampir retak disebabkan terjatuh daripada tangga kelmarin. Ismail, 19, berkata perkara itu diketahuinya selepas menjalani pemeriksaan X-ray hari ini dan diminta doktor berehat sebulan untuk pulih sepenuhnya.





"Kejadian berlaku semalam apabila saya terjatuh daripada tangga di rumah. Selepas pemeriksaan, saya dimaklumkan tulang hampir retak dan tisu bengkak. Kecederaan ini menyebabkan saya perlu sekurang-kurangnya berehat selama sebulan untuk tangan pulih semula," katanya.

Penyanyi 'Luar Biasa' itu bagaimanapun berharap dia boleh sembuh secepat mungkin disebabkan banyak terikat dengan pelbagai aktiviti seni: "Saya akan cuba sedaya upaya juga untuk memenuhi komitmen beberapa aktiviti seni. Selain itu, saya kena promosikan lagu baru berjudul 'Cinta' dalam masa terdekat.

"Semoga saya akan sembuh secepat mungkin selain meneruskan jadual seni yang sudah diatur. Terima kasih buat semua yang mengambil berat terhadap saya," ujarnya yang memuatnaik foto tangannya berbalut di Instagram dengan kapsyen "Kecundang" yang menyebabkan ramai pengikutnya tertanya mengenai kecederaan yang menimpanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: