08 August 2019

KECEWA DIFITNAH - NINA 'SAMAN' JURUSOLEK, BEKAS ISTERI SUAMI


"Saya sumpah dengan nama Allah SWT, semua dakwaan itu tidak betul sama sekali. Sebenarnya suami dan bekas isteri sudah berpisah hampir setahun sebelum dia bertemu saya. Mereka secara rasmi bercerai pada Januari lalu bukan Februari.





"Mereka dah lama ada masalah rumah tangga, saya sendiri pun tak nak campur, biarlah itu antara mereka. Benda dah lepas pun. Apa boleh saya katakan, kami mula berkawan rapat dan hubungan mula serius selepas perkara ini selesai," demikian jelas pelakon Nina Iskandar, 28, mengenai dakwaan dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga suaminya dengan bekas isteri.

Nina tampil menjelaskan kekeliruan itu selepas menerima satu komen daripada pengikut yang bertanyakan mengenai khabar angin terbabit. Enggan namanya diburukkan, Nina tampil mempertahankan dirinya apabila mengatakan suaminya bertemu dengannya selepas lelaki itu dan bekas isteri berpisah sejak setahun lalu.

Menurut Nina, dia mengakui kecewa apabila difitnah menjadi punca perpisahan membabitkan suaminya dengan bekas isteri: Soal jodoh ini rahsia Allah, kita sebagai ciptaan-Nya pun susah nak cakap. Anda boleh bertemu jodoh hari ini dan berkahwin esok atau berkawan lebih 10 tahun tapi tak jadi apapun hubungan itu. Saya agak kecewa difitnah menjadi punca mereka berpisah seperti didakwa.

"Padahal bukti semua ada dalam telefon bimbit peribadi suami, namun kami tidak pernah mengaibkan. Kami cuma simpan segala bukti jika berlaku perkara berbangkit yang memerlukan kami bertindak," tulisnya yang diminta pencerahan oleh seorang pengikut di laman Instagram peribadinya mengenai dakwaan adakah benar dirinya seorang perampas apabila suaminya tergamak menceraikan bekas isteri.

Klik untuk gambar besar


Nina turut meluahkan rasa kecewa apabila hal itu hanya mula dibangkitkan semula selepas majlis resepsinya Ahad lalu. Dalam pada itu, Nina memberitahu dia sudah mempunyai semua bukti dan sudah pun menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorangnya merupakan jurusolek.

"Saya telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek. Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.

"Kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula 'menyalak' semula," kata Nina yang sebelum ini terbabit kontroversi panas apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah itu bersama bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.

Pada Ahad lalu, status hubungan antara Nina dan suami yang juga kru produksi Azlan Adzanan akhirnya terungkai selepas pasangan itu melangsungkan majlis resepsi di Forest Valley Hall, Cheras. Mereka juga sudah empat bulan mendirikan rumah tangga selepas masing-masing disatukan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat sekitar April lalu.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: