08 August 2019

BERANGKAT SEMALAM - AMIRA SOLAT ISTIKHARAH SEBELUM TUNAI HAJI


Penyanyi Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 26, yang berangkat mengerjakan ibadah haji petang semalam itu berkata, dia turut membuat solat istikharah ketika dipelawa sahabatnya, penyanyi, Wany Hasrita.





Menurutnya, dia masih berasakan dirinya seperti bermimpi dijemput menjadi tetamu Allah SWT bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu:"Saya anggap ini satu keajaiban dan rezeki yang memang tidak disangka. Ahad lalu Wany menghubungi saya dan mempelawa untuk buat haji bersama. Saya terkejut kerana anggap dia bergurau. Tapi, tidak.

"Kemudian, saya terus menghubungi mak dan ayah memaklumkan perkara ini. Mereka menyokong jika betul saya ingin pergi. Selepas memberi jawapan, sebelah malam saya buat solat istikharah untuk minta petunjuk. Saya mahu betulkan niat untuk ke sana dan pergi bukan dengan bekalan yang kosong. Alhamdulillah, bangun pagi saya berasa lebih yakin dengan keputusan dibuat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Amira yang juga pelakon berkata, dia bersama Wany Hasrita mendapat jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi: "Sejujurnya, sampai sekarang saya masih terkejut dan macam tak percaya dah nak buat haji. Apatah lagi, beberapa hari ini kita dengar ramai yang tak lepas sebab visa tak lulus.

"Lagi satu, saya fikir haji bukan perkara mudah. Nak ke sana kena perlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan rohani. Namun, apabila sudah sampai tahap ini, saya sedar satu perkara iaitu apa kita nak tak sama dengan apa Allah sudah atur," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Amira Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: