08 August 2019

4 FOTO - AKSI COMEL CUCU ZIELA JALIL KETIKA 'NEWBORN PHOTOSHOOT'


Nampaknya sesi 'newborn photoshoot kini sudah menjadi trend di zaman sekarang apabila ramai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata akan merakam gambar bayi mereka untuk dijadikan kenangan.





Tidak ketinggalan, anak penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah turut berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya. Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh Julia menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Bertemakan 'Snow White', 'The Barbie Edition', 'Woodling Creature Series' sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts Official: "After multiple attempts at fighting, at last tewas juga. Kesian anak mama," tulis Julia.

Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut yang rata-ratanya menyifatkan Alayna kelihatan comel beraksi di depan kamera. Malah ada segelintir netizen mengatakan Alayna seakan patung. Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018. Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: