08 August 2019

TIBA DI JEDDAH SEMALAM - FIZO OMAR TUNAI HAJI


Ramai selebriti kita diberi kesempatan kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini termasuklah pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang telah tiba di Jeddah semalam. Foto Fizo mengenakan ihram di Lapangan Terbang King Abdulaziz, Jeddah dimuat naik oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ketua Bahagian UMNO Temerloh, Mohd Sharkar Shamsudin di laman sosial Instagramnya, semalam.





Menerusi entri tersebut, Mohd Sharkar memberitahu beliau menaiki penerbangan yang sama dengan Fizo dari Kuala Lumpur: "Alhamdulillah sampai di Jeddah tadi (semalam), terjumpa kawan @fizoomar,kami satu kapalterbang dari Kuala Lumpur. Dulu dia datang buat persembahan bulan ramadhan 2 tahun lepas," tulisnya.

Sementara itu, Fizo sebelum ini ada memaklumkan akan berangkat menunaikan haji kepada bapa penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan. Perkara tersebut dimaklumkan Fizo kepada bapa Hawa, iaitu Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman kerana mahu memohon maaf mengenai buah mulut orang tentangnya dan penyampai berita persis Neelofa itu.

Tambahan lagi Fizo dan Dr Ahmad Redzuan memang mempunyai hubungan yang sangat baik dan sudah saling mengenali sejak sekian lama. Selain Fizo, beberapa selebriti Malaysia turut berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima tersebut, iaitu, Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Wany Hasrita, Amira Othman dan Asyraf Muslim.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Mohd Sharkar Shamsudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: