08 August 2019

SAZWAN ZULKIFLY BAKAL BERTUNANG DI HARI MERDEKA


Ketika negara menyambut Merdeka 31 Ogos ini, pelakon Syazwan Zulkifly, 32, pula akan bertunang dengan wanita pilihan yang bertugas sebagai pramugari, Syawariah Zulkifli, 32, di Taiping, Perak.

"Saya anggap sudah sampai seru untuk bertunang. Apatah lagi, kami sudah berkenalan lebih sembilan tahun dan usia masing-masing pun sudah matang.

"Lagi pun, ibu bapa saya sudah berusia dan mereka masih kuat lagi. Jadi, saya fikir ini masanya untuk membahagiakan mereka," ujarnya.





"Buat masa ini, kami sepakat untuk mengikat pertunangan dahulu. Bagi tarikh kahwin, belum diputuskan. Biarlah majlis tunang berlangsung.

"Apapun, saya memilih Syawariah kerana dia seorang yang sangat memahami. Dia menerima saya dan pembabitan dalam karier seni ini seadanya," tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda yang popular dengan watak Pali itu.



Dalam hal dugaan lepas tunang nanti, dia menyerahkan pada ketentuan Ilahi. Apapun, katanya dia yakin ikatan pertunangannya tidak dilanda masalah.

Mengenai dirinya yang dicop 'budak jahat' kerana pernah didakwa panas baran... katanya apa yang orang nak kata biarlah. Apa yang pasti, keluarga dan bakal tunang kenal siapa dirinya sebenar. Malah diapun tidak pernah berkasar dengan bakal tunangnya itu.

"Cuma, untuk lakonan terutama drama memang saya sering mendapat watak antagonis yang menjurus pada sisi 'budak jahat' itu," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: