12 August 2019

"KITA SUDAH TIDAK JADI KITA LAGI" - RUMAH TANGGA BOY IMAN BERMASALAH?


Pelakon dan penyanyi, Datuk Boy Iman telah memuatnaik satu entri dimana berlatarkan foto bersama isteri dan anak-anak dengan luahan hati, membayangkan kehidupannya selama ini telah musnah dan tidak mahu lagi dalam kepura-puraan. Jelasnya lagi, dia tidak mahu hidup dalam dosa kerana hukum tetap hukum.





Bahkan, pelakon dan penerbit ini turut menyatakan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak walau keadaan tidak lagi sama seperti dahulu: "Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah. Dari terus hidup dalam kepura-puraan, Dari hidup dalam fantasi walaupun realitinya tidak begitu.

"Dan yang amat berat untuk ku telan ialah hidup dalam keadaan berdosa kerana hukum tetap hukum. Hukum bukan mainan.. ianya akan dihisab dan sedang diperhatikan oleh Allah Taala untuk diberi balasan bukan sahaja disana tetapi di dunia ini.

"Doakan aku utk terus berani menghadapi semua ini serta kuat menerimanya sebagai satu aturan yang sempurna dan terbaik untuk aku dan terbaik untuk engkau dari Allah. Aku tetap menyayangi dirimu dan anak2 walaupun kita sudah tidak menjadi kita lagi," tulis Boy Iman yang berkahwin dengan Kumala Dewi Anas pada 11 November 2011 dan dikurniakan seorang anak, Norul Emmer.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Boy Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: