12 August 2019

BILA NEELOFA RASAI HUJAN DI ARAFAH UNDANG RASA TERUJA, INSAF


"Semalam semasa wukuf saya berada di luar khemah dan baru mula berdoa dalam satu jam. Ketika itu masih panas dan ramai jemaah masih di dalam khemah. Kemudian angin kuat dan berpasir... pelik sebab tak sangka hari wukuf jadi berangin dan sejuk. Kemudian hujan mula turun. Saya dan mak sahaja berada di luar khemah.





"Sheikh dan kebanyakan jemaah lain masih di dalam dan tiba-tiba dia berhenti dan semua jemaah keluar khemah sebab terkejut hujan turun ketika wukuf. Perasaan semasa hujan turun ni hanya Allah yang tahu. Tergamam, tak terkata," demikian kata pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang menyifatkan ia sebagai pengalaman yang sukar dilupakan dan dia bersyukur apabila Allah menurunkan hujan ketika cuaca pada ketika itu panas terik.

Perubahan cuaca darpada panas terik kepada angin kencang disusuli hujan lebat ketika umat Islam melaksanakan wukuf di Padang Arafah benar-benar menginsafkan Neelofa yang dijemput melakukan ibadat haji pada tahun ini. Ketika momen itu berlaku kira-kira pukul 2.38 petang di Padang Arafah, pengacara program 'MeleTOP' itu berada di luar khemah bersama ibunya.

Klik untuk gambar besar


Pengalaman indah itu diceritakan Neelofa menerusi bebebapa video yang sempat dirakam dan dikongsikannya di InstaStory miliknya. Sepanjang tempoh haji kali ini, dilaporkan cuaca panas terik dengan suhu sekitar 40 hingga 49 darjah Celcius.

"Tambah Neelofa lagi, sebaik sahaja fenomena perubahan cuaca itu berlaku, dia menyaksikan umat Islam yang berada di dalam khemah keluar menadah tangan untuk berdoa kepada Allah: "Sheikh bacakan doa. Pertama kali dengar doa yang dibaca dengan sangat panjang, tanpa henti hampir satu jam. Masa ni payung (di luar khemah untuk berteduh) dah tumbang sebab angin kuat, kami dah habis basah lencun," cerita Neeloga lagi.

Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat kepada para-pengikutnya: "Semoga perkongsian ini boleh buatkan hati anda semua lebih tidak sabar untuk melakukan ibadah haji. Tak sabar untuk merasai saat wukuf di Arafah, iaitu ketika doa paling mustajab. InsyaAllah, semoga dijemput secepat mungkin," tulisnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: