Pelakon Anzalna Nasir menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan sepatutnya dia dan ibu bapanya sudah merancang untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Namun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana dia baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 3 Jun lalu.

Menerusi perkongsian terbabit, Anzalna memuatnaik fotonya bersama suami, Hanif Zaki di hadapan kaabah ketika mengerjakan Umrah sebelum ini: "Emm acham tetiak @hanif_zaki Hahahahahhaha Selamat hari raya everyone! Sebenarnya plan tahun ni nak buat haji bawa mama and abah tapi Allah bagi rezeki lain @mohamadeidrees Alhamdulillah... InsyaAllah masa nya akan tiba".
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan serta niatnya untuk mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu terlaksana. Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Anzalna Nasir & Hanif Zaki
________________________

No comments:
Post a Comment