24 August 2019

KONGSI 'MATERNITY SHOOT' - AZRINAZ MAZHAR HAKIM DIPUJI & DIDOAKAN


Menerusi laman Instagram, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah berkongsi foto 'Maternity Shoot' dan difahamkan dia kini sedang hamil lapan bulan. Foto 'Maternity Shoot' itu mendapat perhatian peminat serta pengikutnya yang rata-rata memuji wajahnya yang semakin berseri-seri.





"Took some pictures to be hung in the nursery room later as a sweet memory and reminder for the lil where he/she came from #33weeks #8months #preggydiaries #babybump #pregnancyjourney," tulis Azrinaz yang memakai persalinan serba putih dan tubuh serta perutnya dibalut dengan kain yang besar berterbangan.

Selain memuji gaya serta teknik gambar yang diambil, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan: "So stunning and gorgeous," puji peminatnya. - "Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin," komen rata-rata pengikutnya.

Malah ada juga yang tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya matanya. Untuk makluman, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu. Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: