24 August 2019

KILAFAIRY TERKEJUT, TERUJA CHRIS BROWN JADI PENGIKUT IGNYA


"Ketika itu, saya memuatnaik gambar memakai baju jenama keluaran Chris, iaitu Black Pyramid, di IG Story. Tidak semena-mena, dia memberikan reaksi 'like' kepada IG story berkenaan. Beberapa jam selepas itu, saya sangat terkejut kerana dia turut mengikuti saya semula di laman sosial terbabit," pelakon dan penyanyi Kilafairy.





Sekian lama mengagumi bintang antarabangsa, Chris Brown, anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu tidak menyangka penyanyi Amerika Syarikat, Chris Brown mengikutinya semula di laman Instagram. Sejak kelmarin, berkongsi keterujaannya apabila bekas kekasih Rihanna yang turut bergelar ahli perniagaan itu turut memberi reaksi terhadap gambar dikongsinya di IG Story.

Kilafairy yang pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa, Sean Kingston, dan DJ Aku Ash menerusi lagu 'Put The Word In', berkata hingga saat ini, dia tidak dapat melupakan detik itu: "Selain terkejut, rasa teruja dan macam bermimpi pun ada sebenarnya.

"Dia memang antara penyanyi antarabangsa kegemaran saya. Semua orang tahu, dia antara legenda muzik masa kini. Menariknya, dialah artis antarabangsa pertama yang menyaksikan kami saling mengikuti di Instagram," tuturnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: