24 August 2019

ALIFF SYUKRI SELAR BABY SHIMA: "ADA AKU KESAH... KOO PUN TERSINGKIR.."


Sebelum ini, penyanyi Baby Shima memberikan kenyataan seakan mengkritik vokal Datuk Seri Aliff Syukri sehingga membuatkan usahawan kosmetik itu mempersoalkan semula kredibiliti suara Shima. Menurut Shima, 27, dia sekadar memberi pandangan secara jujur kerana beranggapan Aliff dikelilingi 'pengampu' yang hanya tahu memuji tetapi mengutuk di belakang.





Menerusi komen di Instagram tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet terbaharu Aliff bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul 'Cowok Baru' namun berasakan vokal pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris itu tidak sesuai dengan lagu tersebut.

Terkini, Aliff menerusi laman Instagram miliknya telah menyelar Baby Shima atas kenyataannya baru-baru ini: "Ada aku kesah ko gembira ke tidak?? Koo pun tersingkir.. Abang ni sekurang kurangnya trending juga nombor 1 hidup #cowokbaru," tulis Aliff sambil menyertakan bersama keratan artikel berkaitan.

Klik untuk gambar besar


'Cowok Baru' merupakan single baru Aliff yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak dan ia kini trending nombor satu di Youtube. Dihasilkan bagi mengembangkan empayarnya di Indonesia, lagu berkenaan ada mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk rakan artis, Baby Shima.

Posting berkenaan mendapat perhatian ramai malah ada netizen yang membayangkan Aliff sengaja menggunakan strategi 'dislike' untuk menjana keuntungan. Sementara itu, ada juga yang turut menyokong kenyataan Baby Shima dan menasihati agar dia muhasabah diri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: