24 August 2019

NAFI BERCINTA DENGAN BELLA - ZIZAN 'SOROK' KEKASIH KALAU ADA


Menegaskan dia dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial, pelawak dan pelakon Zizan Razak, 35, berkata kehadiran Bella di kejutan hari lahir ibunya baru-baru ini tidak dirancang namun hanya kebetulan penyanyi itu berada berdekatan dengan lokasi majlis tersebut.





Malah pemilik nama Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui dia tidak akan mendedahkan siapa kekasihnya sekiranya sedang bercinta: "Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem yang bakal kami bekerjasama.

"Masa dia hubungi itu, saya ada tanya dia ada di mana dan dia kata ada dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu. Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, saya ajak dan dia pun datang la tapi selepas itu habis macam tu saja, tak ada apa.

"Saya ini jenis kalau bercinta sudah tentu tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial," katanya ketika ditemui ketika sidang media telefilem 'Kerusi Kecil' dan majlis doa selamat produksi Adtisha Production Sdn Bhd di SkyArena, Setapak, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, video Zizan pertama kali membuat kejutan hari lahir ibunya yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya pada 12 Ogos lalu menarik perhatian netizen. Rata-rata teruja melihat kedatangan bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu di acara tersebut dan membuat spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Polis Evo 2' ini memberitahu dia terlebih dahulu mengenali ibu dan adik kepada Bella iaitu penyanyi dan pelakon Didi Astillah ketika sedang makan di sebuah gerai. Kata Zizan, ketika itu dia terus meminta nombor telefon Bella selepas pengarah Ghaz Abu Bakar pernah bertanyakan tentang heroin untuk digandingkan menerusi telefilem 'Kerusi Kecil'.

"Ada satu hari itu saya makan di sebuah gerai dan ruap-rupanya ibu dan dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia tegur saya dan memberitahu dia adalah ibu Bella. Kebetulan pula, sebelum ini Ghaz ada bertanya siapa heroin yang saya nak berlakon sama untuk telefilem dan dia ada beri beberapa nama tapi saya kata tak kisah sesiapa pun. Sampailah terjumpa ibu Bella tu, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin dalam telefilem tersebut," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zizan Razak, Bella Astillah & Hafiza Razak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: