24 August 2019

UMUM HAMIL TERIMA REAKSI NEGATIF - NINA ISKANDAR TUTUP KOMEN


Selepas dia mengumumkan dirinya hamil di Instagram semalam, pelakon Nina Iskandar telah menerima pelbagai reaksi termasuklah komen negatif. Disebabkan sikap segelintir netizen itu, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 28, berkata, mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram.





Nina berkata, dia tidak mahu komen negatif diterima mengganggu kehamilannya yang kini mencecah tiga bulan: Saya kena banyak bersabar. Segelintir netizen ini sangat menguji tahap kesabaran saya. Macam-macam saya dapat. Biasalah, mereka suka buat spekulasi. Mereka bukan nak bagi kata-kata yang baik, malah menambahkan tekanan lagi yang mana ia tidak bagus untuk kehamilan.

"Jalan terbaik ialah saya tutup saja ruangan komen. Barulah rasa tenang sikit. Mereka seolah-olah lebih tahu kehidupan kita berbanding tuan empunya badan sendiri," kata Nina yang popular menerusi drama 'Andainya Takdir' dan dia dijangka bersalin awal tahun depan.

Klik untuk gambar besar


Nina berkata, sekarang ini dia masih berlakon selain sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan: "Alhamdulillah, dapat juga saya berasa macam mana perasaan seorang ibu mengandung. Semuanya okey dan keluarga saya banyak memberi semangat dan nasihat sebab ini pengalaman pertama saya jadi banyak perkara saya tidak tahu.

"Saya kena kurangkan aktiviti, jaga emosi dan tak boleh banyak tekanan. Dalam masa sama, saya juga sibuk menjalankan perniagaan produk Aura Kasih. Alhamdulillah, tidak ada sedikit kesulitan pun. Alahan pun tidak ada," tuturnya.

Untuk makluman, Nina bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu. Perkara itu dikongsi Nina menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 4 Ogos lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nina Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: