02 August 2019

'KYRO SHAKUR', NAMA BABY BOY AMMAR ALFIAN & ISTERI


31 Julai 2019 adalah tarikh dimana pelakon Ammar Alfian dan isterinya, Nelissa Nezam bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka yang merupakan bayi lelaki itu selamat dilahirkan. Menerusi laman Instagram masing-masing, Ammar dan isteri telah berkongsi foto bersama anak lelaki mereka yang telah diberikan nama 'Kyro Shakur'.





Bagaimanapun Ammar mahupun Nelissa belum mendedahkan wajah keseluruhan bayi mereka itu lagi. Disebalik pergolakkan rumah tangga mereka kebelakangan ini, Ammar dan isteri akhirnya berkongsi khabar gembira. Di ruangan komen, ramai selebriti meninggalkan komen mengucapkan tahniah diatas kelahiran anak sulung pasangan ini.

Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat apabila Nelissa mendedahkan perbuatan curang Ammar ketika sedang hamil enam bulan. Nelissa memaklumkan beliau dan suami sudah tidak tinggal sebumbung lagi namun mereka masih suami isteri. Tambahnya, status rumah tangganya akan dibincangkan selepas beliau bersalin nanti.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Nelissa Nezam & Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: