07 August 2019

MASALAH VISA SELESAI SELEPAS 2 HARI - NEELOFA BERANGKAT HARI INI


Mendedahkan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji bersama jemaah lain tergendala selama dua hari kerana mempunyai masalah visa, pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa kini boleh berangkat mengerjakan haji hari ini selepas masalah tersebut telah dapat diselesaikan.





"Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok (hari ini)," tulisnya.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata, masalah terbabit dapat diselesaikan disebabkan ramai pihak yang telah menolongnya. Namun, Neelofa tidak mendedahkan nama mereka yang telah membantu menyelesaikan isu tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Ramai yang sudi membantu dan selesaikan dengan penuh ikhlas. Tak pasti jika tuan-tuan badan bagi keizinan untuk saya sebut satu persatu, dengan bantuan mereka Allah permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi," tulisnya lagi.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi Instagram Stories miliknya namun telah dipadamkan selepas beberapa minit. Neelofa bersama dua adik lelaki dan ibunya sepatutnya berangkat menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: