07 August 2019

BILA 'BIG STAGE 2' TAMPIL MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, THAILAND & KOREA


Waahhh... nampaknya program realiti Big Stage musim kedua kali ini mencipta kelainan apabila bukan hanya menampilkan peserta dari Malaysia malah negara lain pun turut serta dalam program nyanyian ini. Antara negara lain yang turut serta adalah Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan.





Senarai 12 orang peserta Big Stage musim kedua telah diumumkan. Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.

Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.

Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage. Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.

Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage. Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Klik untuk gambar besar


Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage. Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama. Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Bintang Big Stage musim pertama, Sissy Imann meletakkan kepercayaan yang tinggi buat semua peserta rancangan realiti itu yang baru diumumkan semalam. Kata Sissy, amat penting untuk seseorang penghibur yang menyertai pertandingan nyanyian seperti Big Stage untuk tidak terlalu memikirkan soal persaingan hingga memakan diri.

Berkongsi beberapa tips berguna buat peserta Big Stage 2019, Sissy berpesan agar setiap penyanyi memperkukuhkan signature diri masing-masing agar mudah dikenali dan diingati: "Penting untuk menjadi diri sendiri sebenarnya, bagi saya kita tak nak apabila berada di atas pentas, penonton akan cepat lupa kita. Jadi, nampakkan diri di atas pentas!

"Ketika Big Stage tahun lalu, saya pasti akan senang kenal Sarah Suhairi setiap kali dia membuat persembahan walaupun hanya mendengar suaranya. Signatur diri itu perlu kukuh. Yang ketiga perlulah enjoy! Jangan terlalu fikirkan tentang pertandingan sebab nanti kita akan cepat tertekan dan semuanya akan serba tak kena nanti. Seterusnya, menyanyilah seperti ini persembahan terakhir kita. Hiburkan setiap penonton yang ada dan gembirakan hati semua orang," katanya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: